Alhamdulillah, pada 5 September 2019, saya diberi tanggungjawab mengendalikan sesi latihan bersama rakan rakan KPP di Singapura. Sejujurnya, inilah kali pertama menjejakkan kaki ke seberang tambak.
Saya sungguh teruja dengan penerimaan dan semangat perjuangan rakan rakan KPP Singapura.
izinkan saya nukilkan sedikit tips yang dibincangkan dalam sesi latihan tersebut.
Tahap 1: Mengatasi Kelemahan
Kaedah 2: Gerakkan tangan
ingatlah kaedah ini; SAPU TANGAN
-Secara semulajadi gerakkan tangan anda.
-Angkat tapak tangan menghala ke atas
-Paras pinggang
-Unjurkan tangan ke hadapan badan semasa berucap
ingat Gerakkan tangan, ingat SAPU TANGAN
Tahap 2: Menambat pendengar
Kaedah 2: Tunjuk dengan tangan
Untuk berlatih kaedah ini, ingatlah singkatan yang saya sediakan:
Sapu Tangan JANGAN SIMPAN kerana kita nak gunakan untuk tunjuk
-S sifat
-I ingat isi
-M mengira
-P penegasan penting
-A ambil perhatian
-N nafikan
Untuk tahap 3: menawan minda bawah sedar
Kaedah 2: bina gambaran
tiadak disentuh dalam latihan kali ini. mudah mudahan pada sesi latihan akan datang saya akan kongsikan tips menarik bersama KPP.
InsyaAllah. Selamat berlatih
No comments:
Post a Comment